Pembinaan Kaabah Nabi_Ibrahim_a.s.

Kaabah, menjadi satu mercu tanda dan kiblat bagi orang-orang Islam di seluruh dunia.

Salah satu sumbangan terbesar Nabi Ibrahim dalam agama ialah pembinaan Kaabah. Walaupun terdapat sesetengah penceritaan yang menyatakan bahawa Adam yang menjadi orang pertama membina Kaabah yang kemudiannya dimusnahkan oleh banjir pada zaman Nabi Nuh, Nabi Ibrahim kemudiannya bersama anaknya, Nabi Ismail, membina semula struktur tersebut di tempat asal runtuhan Kaabah itu. Dari situ, ritual haji dimulakan untuk umat manusia.

Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad menetapkan semula dan membersihkan amalan haji di Kaabah setelah ribuan tahun berlalu sejak zaman Nabi Ibrahim. Nabi Muhammad juga menjadi orang yang memulakan pertukaran kiblat dari Baitulmuqaddis ke Kaabah.[2]

Sepertimana Madinah dirujuk sebagai "Bandar Nabi [Muhammad]" atau hanya "Bandar Muhammad", Makkah pula digelar sebagai "Bandar Ibraham", kerana Nabi Ibrahim yang memulakan ibadah suci khusus di kota suci Makkah.[3]